Sejarah nuklear di Malaysia Loji Tenaga Nuklear Malaysia

Malaysia mempunyai sebuah reaktor nuklear berkuasa 1 megawatt untuk tujuan latihan, penyelidikan dan pengeluaran radioisotop. Nama Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear (MINT) ditukar nama kepada kepada Agensi Nuklear Malaysia. Pada 2007, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis mengingatkan rakyat Malaysia bahawa tenaga daripada fosil pasti akan habis dan kosnya meningkat.

Malaysia adalah ahli Perjanjian Pencegahan Penularan Nuklear (NPT) yang membenarkan pembangunan nuklear untuk tujuan keamanan. Tiada negara lain yang berhak menyekat niat Malaysia untuk membangunkan program nuklear selagi tujuannya adalah bukan untuk kegunaan senjata.[6]